PENJELASAN tentang isu buku teks BM Tahun 1


Kecoh di laman sosial mengenai buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1.

Kononnya isi kandungan di dalam buku teks tersebut tidak sesuai untuk murid sekolah - Soalan terlalu sukar.


Malaysia Menjerit tidak pasti apa sebenarnya penyakit pengguna media sosial di Malaysia hari ini.

Ada saja kritikan pelik-pelik, mempersoalkan sesuatu isu remeh bahkan ada yang lebih teruk, cenderung kepada persepsi berbaur fitnah.

Dijelaskan bahawa isu buku teks berkenaan sebenarnya disebabkan salah faham.

Apa yang disebarkan itu ialah soalan pada muka surat akhir. Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat buku tersebut, sebenarnya ia mengandungi soalan-soalan mengikut peringkat - Mudah dan
sukar.

Kewujudan soalan sukar (pada muka surat akhir) bukanlah wajib dijawab oleh pelajar. Soalan tersebut diberikan kepada mereka yang ingin menjawab iaitu pelajar pintar dan mereka yang
mampu menjawabnya sahaja. Ia sekadar menguji tahap pemikiran pelajar.

Sehubungan itu, usahlah terpengaruh dengan viral yang membuang masa.

Sudah sampai masa kita sebagai rakyat Malaysia memandang ke hadapan untuk meningkatkan pendidikan dan tidak lagi bermanja-manja serta takut menyahut cabaran.

#PendidikanMalaysia #BukuTeks #Viral #Ilmu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »