Iphone7 tak bagus?


Syarikat terkenal Amerika Syarikat, Apple bertungkus lumus dalam persaingan untuk menjadi pengeluar telefon pintar yang paling pintar di dunia dengan membawa kemunculan produk terbaharu mereka, Iphone7.

Lihat pada paparan di laman web Apple, pastinya membuatkan mata pembaca terpukau dengan segala jenis penambahbaikan teknologi yang terdapat di dalam Iphone 7.

CEO Apple, Tim Cook semasa majlis memperkenalkan Iphone 7 di San Francisco memperkatakan tentang kejayaan syarikat tersebut dalam mempelopori perniagaan telefon pintar.

Produk terbaharu mereka itu kelihatan hebat namun sambutan yang diterima semasa hari pembukaan jualannya nampak hambar berbanding sambutan untuk Iphone 6.

Sedangkan Tim Cook sebelum ini ada mengatakan bahawa syarikatnya semakin maju dan unggul di pentas bidang teknologi.

Antara kejayaan mereka ialah, penggunaan aplikasi 'App Store' yang mencecah 140 bilion muat turun.

Sementara 'Apple Watch' pula berjaya menduduki tangga kedua selepas Rolex sebagai pilihan pengguna. Seramai 17 juta pengguna menggunakan 'Apple Music'.

Dalam Iphone 7, terdapat sebanyak 500,000 jenis permainan termasuk yang terbaharu, PokemonGO dan Supermario Run yang cukup popular di Asia.

Apple juga tidak pernah lupa pada kepentingan pendidikan apabila mewujudkan ConnectED. Di Amerika, Apple telah menyumbang sebanyak 50,000 Ipad kepada pelajar menerusi dasar
mentransformasikan hubungan komunikasi para pelajar.

Manakala 'iWork - Real-time collaboration' pula memberi manfaat kepada para pekerja atau organisasi perniagaan.

Jurugambar pula pasti kagum dengan kemunculan dua kamera dalam satu telefon. Lensa 'Wide-angle' dan 'telephoto' dengan 12megapixel menjadikan Iphone 7 unik dan mantap.

Jadi, sambutan sejuk dikalangan pemburu gajet di seluruh dunia terhadap Iphone 7 pastinya mengundang tanda tanya.

#Apple #Iphone7

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »