Semalam pengguna Facebook terkejut dengan penyebaran sebuah klip video memukul warga emas berdurasi 11 saat.
Perbuatan 'binatang' itu dilakukan oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang dipercayai pemilik kepada pusat jagaan warga emas di Taman May Fai, Klebang, Melaka.
Wajah mangsa berusia 70 tahun itu yang dipukul sebanyak tiga kali dibahagian kepala cukup menyentuh hati penonton yang melihat video terbabit.
"Cuba bayangkan kalau yang dipukul itu ibu kamu."
"Nanti bila tua, kamu akan diperlakukan sebegitu juga. Mungkin lagi teruk."
Demikian antara komen pengguna Facebook yang mengecam perilaku tidak berperikemanusiaan lelaki tersebut.
Hari ini, pusat jagaan warga emas yang tidak berdaftar itu menerima balasannya apabila diarah menutup operasi mereka serta merta. Tempoh lima hari diberikan oleh kerajaan negeri supaya pemilik tunduk pada arahan tersebut.
Sementara pihak Polis Diraja Malaysia pula akan mengambil tindakan susulan terhadap lelaki 'binatang' itu.
Menurut EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, pusat jagaan terbabit tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bahkan mereka sudah dinasihatkan untuk berbuat demikian sejak tahun 2015 lagi. Namun pemilik pusat jagaan itu tetap berdegil dan menunjukkan sifat keras kepalanya.
Setakat ini, rekod JKM negeri menunjukkan sebanyak 73 pusaat jagaan berdaftar. Kurang daripada 20 lagi tidak berdaftar.
Persoalannya, apa tindakan pihak berwajib berhubung urusan pendaftaran ini? Jika semuanya keras kepala seperti pemilik di Taman May Fai, apa pula akan berlaku kepada penghuninya?
Itu baru satu klip video yang didedahkan. Tidak mustahil lain-lain tempat juga sedang berlaku ketika ini terutamanya di pusat jagaan yang tidak berdaftar.
#JabatanKebajikanMasyarakat #PusatJagaan #WargaEmas