Seramai 159,725 anak luar nikah babitkan wanita Islam didaftarkan bagi tahun 2013 hingga 2015.
2013 : 53,492
2014 : 54,614
2015 : 51,169
Statistik ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan polisi Islam dalam pentadbirannya?
Hendak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana lazim sudah tentu tidak masuk akal. Hendak salahkan parti pemerintah mahupun pembangkang juga bukan tindakan yang relevan.
Ia sebaliknya tertuding kepada diri sendiri. Kenapa hampiri zina dan maksiat sekiranya tidak mahu perkara ini berlaku?
Remaja, golongan manusia yang ingin tahu dan sedang meneroka dunia. Tanpa didikan agama dan moral yang tinggi, maka sukar sekali mereka hendak menemui jalan yang lurus.
Golongan ini juga tidak bolehlah jadikan ia sebagai alasan. Masing-masing sudah punya akal dan fikiran yang waras untuk berfikir mana baik mana buruk.
Ibubapa pula perlu memainkan peranan dengan memberikan didikan sempurna kepada anak-anak. Manakala peranan sama digalas oleh masyarakat sekeliling supaya dapat membendung gejala negatif ini daripada terus berleluasa berlaku.
Jika 'nasi sudah menjadi bubur', ahli keluarga dan masyarakat sewajarnya membantu dengan memberi semangat dan bimbingan agar mereka tidak lagi mengulangi kesalahan sama. Bukan masa untuk menyalahkan sesiapa tetapi memperbetulkan apa yang tidak betul.
Jadikan angka di atas sebagai pedoman dan mudah-mudahan ia menurun bagi statistik tahun ini dan tahun-tahun akan datang.