Ramai yang pelik kenapa sesetengah gerai menjadi ‘mangsa buli’? Lebih pelik ia seolah-olah memilih bulu? Bulu jenis A boleh berniaga, jenis B tidak boleh.
Sudah banyak kali berlaku… Apakah peniaga melakukan kesalahan undang-undang? Jika salah, kenapa tindakan tidak dikenakan kepada peniaga jenis bulu B? C dan D sampai Z?
Jika menjual nasi lemak tidak boleh, apakah kita mahu perniagaan rumah urut bertambah? Atau mesin judi? Kalau semua berniaga benda sama, sengitlah persaingannya nanti…. Kasihan pada pelanggan, tak tahu mana nak pilih…
Ianya mudah, kalau hendak merobohkan gerai macam kes di Petaling Jaya ini, adalah lebih elok pihak yang berkenaan berjumpa sendiri dengan peniaga mengikut budaya timur yang bertamadun?
Kalau benar satu-satu perobohan itu bagi tujuan pembangunan, tidak ada siapa pun menghalang…
Berjumpa, berbincang dan mendapatkan penyelesaian terbaik sebelum bertindak ala kuku besi apabila hendak merobohkan 30 gerai peniaga.
Ada saja kes dapat diselesaikan dengan cara baik. Hendak roboh kerana mahu besarkan jalan, tujuan pembangunan dan sebagainya, semua dapat diselesaikan jika ada unsur-unsur budi bicara.
Berapa pampasannya atau dimana lokasi pemindahan yang baharu dan lain-lain… Inikan Malaysia, bukan Israel yang boleh suka-suka menghalau penduduk Palestin sesuka hati.
Mungkin pihak Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di PPRT Lembang Subang di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Damansara Parlimen Subang melakukan kesilapan sebelum ini.
Namun mereka cepat sedar apabila bangkitnya satu kuasa dikenali KUASA RAKYAT.
“Notis Roboh” berjaya dibatalkan apabila seorang peguam bersama peniaga menemui kata sepakat dengan Datuk Pegawai Daerah Petaling.
Satu sahaja soalan yang berlegar difikiran Admin Malaysia Menjerit, apakah isu seperti ini sudah berakhir? Atau ia sekadar berhenti ‘rehat’ untuk tempoh seketika?
#IsuRakyat #PeniagaBandar #PihakBerkuasaTempatan