Tak faham, kenapa kunci anak dalam kereta?


Malaysia Menjerit masih lagi tidak faham dengan sikap segelintir masyarakat kita yang memandang ringan tentang isu 'tertinggal' anak di dalam kereta yang berkunci.


Kenapa begitu cuai?

Sudah banyak kali berlaku dan disiarkan di media-media termasuk media sosial tetapi sikap cuai ini tetap juga berlaku.

Seperti kejadian yang berlaku di Kota Bharu semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkunci di dalam sebuah kereta selama lebih setengah jam.

Pihak bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

Bayangkan kalau kanak-kanak itu lemas? Menangis air mata darah sekalipun tidak berguna!

Apa lagi mesej peringatan yang hendak disampaikan kepada masyarakat kita supaya meletakkan keselamatan keluarga terutama anak-anak pada kedudukan paling tinggi?

#SikapMasyarakat #TinggalAnak #KunciKereta #MalaysiaMenjerit

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »