Disebalik lukisan The Virgin and the Child


Sebuah misteri yang belum terungkai. (part 2)

Dari monumen Arc de Triomphe, saya berjalan kaki hampir satu jam menuju ke muzium Louvre, jika sebelum ini hanya potret Mona lisa yang menjadi tarikan utama saya, tetapi misi pada kali ini ialah ingin melihat sendiri sebuah lukisan bernama The virgin and the child.


Allahu Akbar, memang benar seperti apa yang dibaca dalam sebuah catatan, terdapat kalimah ‘La ila ha il lallah’ di tudung yang dipakai Mariam. Kalimah tersebut membawa maksud 'Tiada tuhan melainkan Allah'.

Sekali imbas kelihatan seperti corak yang tiada makna, tetapi jika diperhalusi ianya merupakan tulisan khat kufi arab yang tertera kalimah ‘La ila ha il lallah’. Rugi sungguh rasanya, tiga kali saya melepaskan peluang melihat seni lukisan hebat ini pada pengembaraan yang terdahulu.

Sangat menarik untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang lukisan ini. Ianya merupakan hasil seorang ahli seni bernama Ugolino Di Nerio, beliau berasal dari wilayah Siena Itali tidak berapa jauh dari wilayah Sicily yang merupakan pusat ilmu islam satu masa dahulu. Lukisan tersebut telah dilukis pada awal kurun ke-14.

Perkembangan pesat ilmu islam di Sicily dan Andalusia di Sepanyol pada kurun ke-11 telah menyumbang kepada pengaruh seni arab di eropah, antaranya seni tulisan khat Kufi yang kemudiannya dikenali sebagai Pseudo-Kufi iaitu tulisan arab dalam seni lukisan eropah.

Timbul persoalan, mengapa di tudung Mariam dilukis dengan kalimah ‘La Ila ha il lallah’? Mungkin pelukis yang bernama Ugolino tidak mengetahui maksud kalimah tersebut atau mungkin beliau sebenarnya seorang muslim? atau mungkin beliau ingin memberitahu sesuatu tentang maksud tersirat disebalik lukisan tersebut?

Jika anda berpeluang ke Paris, pergilah ke muzium Louvre dan carilah lukisan The virgin and the child. Lukisan tersebut terletak di Denon wing (Louvre), tingkat satu, bahagian Italian Paintings, bilik nombor 4.

Ada sebuah bandar bernama Narbonne yang terletak di selatan Perancis, bandar tersebut pernah menjadi bandar penting islam ketika zaman khalifah Umayyah. Masih banyak lagi rahsia islam yang belum dirungkai sepenuhnya di bumi Perancis.

Hatiku sudah mula bergetar untuk kembali semula ke Perancis.

Nantikan kisah selanjutnya.

* Foto : Muzium Louvre Paris dan Lukisan The virgin and the child (Throwback, Julai 2016).
* #misterikotaparis boleh klik hashtag ini untuk baca catatan part 1.

Sumber FB Zaid Traveler

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »