Orang tua panjat tangga, staff 'Airport' KB tepuk tangan?


Setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan akan membayar cukai untuk tujuan operasi di lapangan terbang.

Namun ia akan mengundang kemarahan pengguna apabila kemudahan yang disediakan di lapangan terbang tersebut tidak diuruskan dengan baik.

Ke mana pergi duit cukai yang dibayar pengguna?

Seperti apa yang berlaku di Lapangan Terbang Kota Bharu Kelantan.

Faizul Rohban dalam status di akaun Facebooknya meluahkan kekecewaan berhubung tahap perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di lapangan terbang tersebut.

"Sebelum Hari Raya Haji (Aidil Adha) lagi tangga bergerak (esklator) ni dibaiki sampai ke hari ini masih lagi tidak dapat digunakan. Kesian kepada warga tua yang uzur terpaksa menaiki anak tangga untuk ke balai pelepasan

"Dimanakah caknanya Malaysia Airport Berhad (MAB) dalam pengurusan airport.. dengan tandas yang berbau, tangga bergerak tidak dapat digunakan sedangkan semua maklum yang semua
penumpang membayar tax airport (cukai).

"Tetapi inikah yang kami dapat? Seingat saya sudah beberapa kali tangga ini rosak dalam (tempoh) 1 tahun, berapa kali sangat yang boleh digunakan. MAB pun sedia maklum yang airport KB
sangat sibuk tetapi seolah-olah hanya membuta tuli sahaja (berhubung) isu ini."

Siapa hendak jawab? Masih tiada tindakan daripada pihak yang berkenaan? Atau mahu tunggu luahan daripada pelancong asing?

#SuaraRakyat #IsuRakyat #Komuniti #KBAirport

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »