DON'T CLICK merupakan sebuah filem seram dari negara Korea Selatan yang memaparkan bagaimana 'viral' menghantui pengguna alam maya.
Bukan sekadar menghantui tetapi juga membunuh!
Filem ini mula ditayangkan pada tahun 2012 namun ia seolah-olah memaparkan apa yang berlaku hari ini.
Dunia hari ini sibuk menceritakan perihal 'viral' samada berunsur positif mahupun negatif.
Di dalam filem Don't Click, seorang ayah diviralkan kononnya bertindak merogol seorang gadis mabuk.
Sedangkan situasi sebenar, warga emas itu sedang menutup aib gadis berkenaan dengan menggunakan suratkhabar yang dibacanya.
Video yang disebarkan itu hanyalah separuh sahaja daripada kejadian sebenar. Sekaligus mengundang kebencian dan kemarahan masyarakat.
Akibat tertekan, warga emas terbabit bertindak membunuh diri. Begitu juga dengan ahli keluarga mereka.
Namun, seorang daripada anaknya menyimpan dendam. Sebelum membunuh diri, si anak bertindak membuat pemujaan bagi menuntut pembelaan daripada apa yang berlaku.
Sesiapa yang menonton video yang dimuatnaik si anak itu, akan diburu dan dibunuh.
Dunia yang taksub pada video viral tidak dapat menahan diri daripada menontonnya. Sangkaan bahawa ugutan bunuh tersebut sebagai gurauan ternyata tidak tepat!
Kesimpulan yang dapat kita perolehi daripada filem ini ialah, waspadalah ketika melayari media sosial. Lebih penting, hentikan budaya merakam sesuatu kejadian kerana ia berupaya
mengundang persepsi dan fitnah.
Atau, anda sedia diburu? Barangkali bukan maut tetapi diburu daripada keresahan, kegelisahan dan rasa bersalah sepanjang hayat?
#Viral #MediaSosial