Coretan seorang RUNNER



Runner atau despatch atau peon atau macam-macam lagi gelaran buat si penghantar.

Ada yang label mereka sebagai mat rempit, budak nakal, budak suka langgar lampu merah, ah! macam-macam label buruk ditampal diwajah mereka.


Namun, mereka ini sudah banyak berjasa kepada orang lain terutamanya masyarakat dan syarikat-syarikat. Apa fikir, seorang setiausaha di sesebuah pejabat mampu mengambil / menghantar
dokumen mengikut masa yang ditetapkan?

Masing-masing ada kelebihan sendiri. Jangan sembang pasal jalan pintas (shortcut) kalau anda tiada pengalaman sebagai seorang runner.

Nampak mudah, tapi cubalah berada ditempat mereka.

Petikan daripada FB Hafiz Runner Temerloh Servis‎

"Dalam 1 tahun 4 bulan saya Runner, hari ini 'first time' kena ribut kuat sampai tumbang motor.

"Sebelum ini setakat hujan tu biasa daa... Duduk bawah 'flyover highway' pun semacam tumbag motor. Tiga biji motor tumbang tadi.. Inilah dugaan perlu dihadapi semua Runner.. Mujur sijil SSM
yang 'renew' tadi tak basah sebab masuk dalam 'box'.

"Tapi yang bestnya tadi saya dapat kawal motor walaupun menunggang dengan sebelah tangan dalam keadaan ribut dan hujan lebat. Bukan senang... Tapi saya tidak akan gentar dan akan terus
menjaga amanah pelanggan. Saya akan meneruskan membantu masyarakat yang memerlukan perkhidmatan Runner sekitar Temerloh, Mentakab, Jengka.. Amanah anda pasti diutamakan."

#Runner #Despatch #BudakPenghantar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »