Oh! #NasiLemakAnakDara


Pada mulanya kisah viral beliau mula mendapat perhatian pengguna media sosial berikutan disaman oleh pihak berkuasa tempatan. Barangkali faktor lesen dan lain-lain menjadi penyebab kenapa beliau disaman.


Itu proses biasa, mana-mana peniaga yang menjual makanan perlu melalui pelbagai prosedur khususnya di dalam sudut kesihatan dan kebersihan.

Selain perlu disuntik ubat pencegah penyakit, mana-mana peniaga juga perlu memenuhi kriteria sebagai seorang pembekal makanan. Itu soal prosedur. Tanya saja mana-mana pengusaha kedai makan, mereka lebih tahu mengenai perkara ini. Soal pemakanan termasuk kebersihan menjadi perkara penting kerana ia melibatkan pelanggan. Sebab itu terdapat label A, B, C dan D diletakkan di setiap premis.

Namun berbeza dengan pengusaha Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam ini apabila jualannya laris dengan begitu mudah selepas dikunjungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tolak dulu ketepi soal 'kabel' atau seumpamanya. Selepas gambar bersama Azmin viral, pengusaha nasi lemak yang comel ini tetap dikunjungi pihak berkuasa tempatan. Bukan untuk disaman, tetapi menjadi pelanggannya. Atas arahan siapa itu tidak perlu dipersoalkan. Inilah dinamakan sebagai rezeki....

Lantaran pelanggan yang semakin ramai, Azmin sebagai pencetus fenomena Nasi Lemak Anak Dara ini sewajarnya mengambil langkah yang lebih proaktif dan kedepan. Ketepikan dahulu soal krisis air, utamakan dahulu cadangan untuk menyediakan premis buat pengusaha Nasi Lemak Dara meneruskan serta mengembangkan perniagaannya.

Ini kerana, fenomena Nasi Lemak Anak Dara lebih popular berbanding krisis air yang sengaja dibangkitkan oleh majoriti rakyat Selangor bagi tujuan kepentingan politik.

#NasiLemakAnakDara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »