Nasib baik ada alat perakam...


Dewasa ini dapat kita lihat bagaimana masyarakat semakin berani melakukan keganasan.

Nasib baik ada alat perakam, dapatlah merakamkan insiden-insiden keganasan dalam rutin kehidupan.


Terbaharu, insiden kekasaran yang dilakukan oleh dua orang lelaki dan disokong seorang yang lain terhadap kakitangan syarikat bekalan air di Johor.

Rakaman yang didakwa berlaku di Kampung Melayu Skudai itu menunjukkan seorang lelaki tanpa memakai baju menendang dan mengugut menggunakan sebatang cangkul.

Lelaki tersebut dikatakan berang selepas bekalan air di kediamannya dipotong akibat kegagalan menjelaskan bil.

Ajaran apakah yang sedang membelengu masyarakat hari ini? Tidakkah mereka sedar bahawa kegiatan kekerasan seperti ini merupakan satu kesalahan jenayah?

Apatah lagi dengan cara mengugut menggunakan sebatang cangkul yang boleh dikategorikan sebagai senjata tajam.

Nasib baik ada alat perakam... Bolehlah dijadikan sebagai bukti pendakwaan.

Pokok pangkalnya, usah takut pada alat perakam tetapi takutlah pada Tuhan dan undang-undang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »