BUNUH DIRI SEBAB KERAJAAN ZALIM?


Tidak pastilah samada tulisan ini benar atau tidak tetapi ia sudahpun disebarkan oleh sebuah laman Facebook, Info Kemalangan & Bencana Malaysia (@ikbmcrew).

Setakat jam 12.10 tengahari, laman itu mempunyai seramai 62,999 kesukaan atau pengikut.

Siaran yang dimuatnaik sekitar jam 11 pagi tadi turut disertakan sekali dengan tujuh keping gambar.

Memetik status laman tersebut (Admin buat salinan asal bagi mengelakkan daripada tindakan saman dan seumpamanya) :


"Kes terjun dari jambatan kedua pulau pinang..baru lagi..dia juga memberitahu niat dan masalahnya dalam status terakhir fb nya..

"asalamualaikum teman dan sahabat....dan terutama buat istiriku ank ank dan keluarga tersayang...ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yg kulakukan ini tak pernah terlintas utk ku lakukan...diharap jgn la orang ramai kecam dan hina isteri ank ank dan keluaga ku...ku amat tertekan dgn kerajaan yg zalim....kerana kes rokok yg nilai rampasannya hanya 160 aku akan dipennjarakan...

"ini kesalah pertama aku pada tahun 2012 ...br sekarang naik makamah....tarikh naik court kelmarin tp di.. tunda hari inii.....bulan 8 yg lepas aku dah kena kes yg sama iaitu juai rokok murah...yg nilai nya 200 ..hampir di reman semingu dan mujurla ada surat kematian ank ku yg ketiga... ku dikenakan jaminan 3 k.....kena bulan 2 naik court bulan 8 dan di hukum 4k atau 4 bulan penjara....ku setle 4 k dan duit pun jenuh hutang kawan.......

"ya aku mengaku salah perkara itu salah....tp hukumannyaaa tak setimpal....yg pengarah tibai berjutaa boleh lpasss pulak dgn duit jaminan....celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... beniaga kdai runcit kampung jeee bkn untung besar punnn ....margin cukup nipis di bebani dgn cukai gst lagiii.....memang kerajaan sekarang zalimmmm....arini aku mengambil ksputusan utk tidak pegi makamah kerana aku dah tak punya duit ...byk bebanan aku nk tangungg...dan kutak sanggup dipenjarakan...dgn ini.ku.memilih utk berkorban sebagai rakyat yg dizalimi....

"aku akan tamatkan riwayat akuu....kerana byk kali ku bermimpi lemas di lautan.....ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku dikalangan hambanya terpilih....biar la aku berkorban demi rakyat malaysia...walau aku nanti aku akan dikecam dan di hina....dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambik la berat tentangg ank ank ku aku tak sangup berpisah namun kutiada pilihan kenangila mereka sbgai ank perngobanan ...

"utk isteriku Nur Azianti maapkan la abg kerana byk buat azian susah ht kerana kes rokok ni.....nanti pilih la peganti yg syang azian dan ank ank sepenuh hati.....utk ank sedara ku Hadi Radzi jaga la tok elok elok ...utk kak aku Nor Aini dan abg ipar ku Zamri Mat Ishak terus kan la jaga kdai dan kalau tak mampu juai la pada yg berminat.....pada yang ada hutang kat akuu aku halalkan....dan yg aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa kak aku nanti dia tolong setelkan sedikit sedikit..

"ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar org yg senasib tidak lg dikenakan hukuman mcm ni.....juai rokok murah jer pun bkn balas berjuta wang ringit.....aku tiada pilihan wahai rakyat malaysia...semalaman aku tak lena.....tp kutiada pilihan....maap kan abah ariq dan safia.....jagala ibu elok elok bila besar nanti....maapkan saya mak (makteh bibah) chek takk ada pilihan....maapkan saya

"maapkan saya....saya tak sangup dipenjara..... utk isteriku abg amat menyayangimu sayang tp abg bkn yang terbaik...carila yg tetbaikkk nanti demi syang dan ank ank....
dan utk adik beradik ku yg lain peliharala mak tg dah 78 tahun.....balik la jengok dia...jgn biar dia menangis senderian kerana rindukan ank nya yang jarang balik.....

"sekiannn..sekali lg maapkan abah...mapkan abangg sayang...maapkan chek makkk....
kutaksanggup lagi menyusah kan orang dgn meminjam duittt...molaaa ku pilih untuk dipenjara tp terkenang kan ank nanti degelar ank banduannn....ya allah ampuni dosaku yaalaah....ku tahu kau memahami dan maha mengampun....

"ku benarkan status terakhirku ini jadi viral utk bgtau kita di pimpim pemimpin yg zalim..
dan yg terakir buat presiden pas jgn la tertipu dgn pimpinan umno depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yg nk di bawak tu agar pembangkang berpecah....bersatula kembali mwnjadi pembangkang yg kuat...agar nasib mcm aku terbela.....nanti dah jd kerajaan media dah di control sng nk yakinkan rakyat tentang rang yg nk dibawak tuuu......

ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah....maapkan akuu."

Persoalannya, adakah ini benar-benar kejadian atau sekadar tulisan meraih populariti? Tiba-tiba Admin teringat pada tulisan seseorang yang pernah popular dengan nama 'Kak Hasanah'.

Hasanah dikatakan membantu satu pasangan warga barat menenangkan anak mereka yang sedang menangis.

Menangis tanpa henti dan Hasanah mendakwa mengambil anak tersebut sambil dibacakan selawat pada ubun-ubun kepalanya hingga tertidur.

Kisah itu menjadi viral. Namun ia sebenarnya satu kisah yang dibuat-buat. Hanya berlaku dalam imaginasi Kak Hasanah.

Blog popular Amazing Nara pernah menyiarkan pendapat seseorang yang dikatakan Ustaz berhubung kisah dongeng Kak Hasanah.

Antara lain ia menyatakan bahawa tindakan Kak Hasanah itu walaupun mungkin baik tetapi tetap salah di sisi agama.

"Cerita Kak Hasanah, andainya tidak terbongkar, akan membuatkan orang menyangka amalan membaca selawat di ubun-ubun anak yang menangis itu baik. Sudah terbukti melalui testimoni hebat Kak Hasanah sendiri. Lalu tersebarlah amalan tersebut. Bahkan mungkin ada yang menyangka itulah sunnah Nabi SAW. Sedangkan ianya rupa-rupanya rekaan Kak Hasanah.

"Yang lebih membimbangkan, apabila 'sunnah' ini diamalkan dan akhirnya tidak berhasil seperti yang diharapkan, maka golongan yang skeptikal akan mula mempersoalkan agama. Agama dikambing-hitamkan oleh mereka yang mencari-cari ruang untuk menolak agama itu sendiri

"Saya sendiri mempunyai seorang pelajar yang cenderung kepada fahaman atheist, mempersoalkan amalan Islam (yang sebenarnya bidaah) dan mula menolak agama atas alasan tersebut."

Baca selanjutnya di sini

Sedia maklum bahawa hari ini dunia penuh dengan lakonan dan persepsi bahkan lebih teruk menjurus kepada fitnah. Dunia akhir zaman. Maka berhati-hatilah ketika menerima satu-satu berita, selidiklah ia terlebih dahulu sepertimana yang diajarkan dalam agama.

Tidak salah jika ianya berita benar, namun apa akan berlaku jika sebaliknya? Mampukah kita menanggung beban dosa fitnah sepanjang hayat?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »