Budak jatuh eskalator, wartawan berang dengan sikap bapa


"Gua antara manusia yang sedih tengok video ni. Dan bila dapat tugasan kena cari dan interview lu kat hospital, gua gembira. Sebab dalam hati gua kata, "aku nak tolong bapak dia. aku yakin
dia tak sengaja".


"Hampir 5 jam gua bertunggu-tangga kat hospital tanpa makan minum. Tapi bila akhirnya lu keluar sambil tunjuk penumbuk kat gua, dengan automatik simpati tu hilang dan bertukar jadi 'padan
muka'.'

"Kalau lu takmo jumpa wartawan, lu ada pilihan untuk cakap elok-elok, sebab kami ni bukan takdak hati perut. Terima kasih bro. Satu dunia tau lu cuai sampai anak lu jatuh, dan sekarang satu
dunia pun akan tau yg lu biadap."

Demikian luahan seorang wartawan di utara tanahair dalam laman Facebooknya hari ini.

Bukan beliau seorang sahaja yang ditugaskan membuat liputan sebaliknya rakan-rakan media yang lain turut dikatakan mengalami nasib sama.

Malaysia Menjerit tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak dan turut bersimpati terhadap insiden yang berlaku. Penulis juga memahami perasaan yang dirasai bapa tersebut. Namun
penulis juga bersependapat dengan wartawan di atas, gunalah budi bicara sebagai seorang manusia.

Semalam, dilaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah selepas terjatuh dari eskalator aras satu bangunan pusat beli-belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kanak-kanak tersebut dikatakan didukung di atas bahu oleh bapanya ketika sedang menaiki eskalator berkenaan.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, kanak-kanak itu difahamkan terjatuh selepas bapanya panik kerana mendapati tangan anaknya tersepit pada bahagian pemegang eskalator berkenaan.

“Dalam keadaan panik itu, kanak-kanak tersebut dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya dan jatuh ke tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan.

“Kanak-kanak itu ketika ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas mengalami pendarahan dalam kepala serta retak tempurung kepala,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Sek. 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »