Seramai 4,896 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan cemerlang apabila berjaya skor semua A.
Ia adalah 1.11 peratus daripada jumlah kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut iaitu seramai 452,751 calon.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.
"Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya."
Syabas buat pelajar yang berjaya dan teruskan usaha dimasa hadapan buat mereka yang kurang berjaya.
#UPSR2016 #Pelajar #Sekolah #Positif