Apa sebenarnya tujuan dua lelaki ini menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkannya menjadi viral di laman sosial?
Pasti ada agenda tertentu samada meraih populariti ataupun cuba membuat 'survey' - melihat sejauh mana respons masyarakat terutamanya pengguna media sosial? Atau ada kepentingan lain?
Namun, penyebaran berita palsu seperti kejadian pembunuhan atau jual-beli organ bukan sahaja mengundang rasa panik masyarakat tetapi juga salah disisi undang-undang. Bahkan mana-mana agama juga melarang penganutnya berbohong. Betul atau tidak?
Semalam, pihak polis Sarawak telah menahan dua orang lelaki berusia 18 dan 27 tahun kerana menyiarkan dakwaan sindiket penjualan organ berlaku di Kampung Daun Singai, Bau, baru-baru ini menerusi akaun Facebook mereka.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, penyebaran berita tersebut adalah palsu dan ianya sengaja diada-adakan. Tiada kejadian seperti itu pernah berlaku di Bau atau lain-lain tempat di negeri Sarawak.
Adakah dua lelaki yang ditahan ini lebih hebat daripada pasukan polis? Jika benar sekalipun ada berlaku kejadian tersebut, kenapa tidak dilaporkan kepada pihak polis?
Apa yang pasti, kedua-dua suspek yang ditahan ini berkemungkinan akan didakwa di mahkamah.
Oleh yang demikian, gunakanlah media sosial dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Bukannya menyebarkan berita-berita palsu ataupun fitnah. Jika tidak, bersedialah untuk dikenakan tindakan perundangan.
Nasihat sudah diberi, tinggal lagi hendak patuh pada undang-undang atau sebaliknya. Keputusan ditangan anda.
#MediaSosial #Viral #BeritaPalsu