Hari ini sidang Dewan Rakyat ada menyentuh tentang isu ganja dan tembakau atau rokok.
Ahli Parlimen Kapar (PKR) Manivanan Gowin meminta Menteri Kesihatan menyatakan sebab–sebab ganja diharamkan sedangkan rokok tidak diharamkan di Malaysia.
Kata Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, ganja merupakan dadah terlarang dan ia dijadikan sebagai satu bahan yang digunakan oleh mereka yang mahu berjinak-
jinak dengan dadah yang lebih merbahaya.
Sementara rokok atau tembakau pula merupakan komuditi perdagangan yang sah disisi undang-undang. Namun ia dikawal oleh badan-badan kesihatan baik dalam mahu di peringkat antarabangsa.
Jelas di sini bahawa penggunaan ganja mahupun rokok mendatangkan kemudaratan kepada bukan sahaja penggunanya tetapi juga melibatkan orang sekeliling.
Benar, pelbagai program diadakan bagi menangani penagihan rokok ini bahkan terdapat juga beberapa negeri yang sudahpun mengisytiharkan kawasan larangan merokok.
Di Melaka umpamanya, anda akan disaman sekiranya merokok di tempat awam. Begitu juga dengan setiap hentian rehat dan rawat (RnR) di seluruh lebuhraya yang sudahpun menaikkan papan tanda larangan merokok.
Cuma masih ada masyarakat yang seperti acuh tidak acuh tentang isu ini.
Apa pendapat anda?
#Rokok #Ganja #Dadah #Kesihatan #DewanRakyat