PPS cegah isu babitkan pelajar


Apa itu PPS?

Ia merupakan singkatan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah dan menjadi orang tengah antara polis dan pihak sekolah yang akan menilai dan memantau kes jenayah melibatkan para pelajar. Jika terdapat kes jenayah, para guru boleh berhubung terus dengan PPS.


Dalam masa sama, PPS juga menangani kes-kes pergaduhan dan buli membabitkan pelajar sekolah.

Semalam, di Terengganu, pihak polis menegaskan bahawa fungsi dan peranan PPS akan terus diperkasakan.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Dato' Rosli Ab Rahman, pihaknya turut memberi kesedaran tentang peruntukan undang-undang kepada pelajar supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh
merosakkan masa depan mereka.

Antara program yang dilakukan ialah mengadakan ceramah kesedaran dan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Tidak dinafikan para pelajar ini naif mengenai undang-undang. Justeru dengan adanya PPS ini, setiap dua kali sebulan pegawai (PPS) akan melawat sekolah yang berkenaan bagi
mengenalpasti permasalahan yang berlaku.

#Pelajar #Pendidik #Guru #Disiplin #Buli #Jenayah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »