11 PERTUDUHAN ROGOL GADIS BAWAH UMUR


Seorang lelaki dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas 11 pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur berusia 14 di sebuah rumah di Bayan Lepas di sini antara Ogos hingga November tahun ini.


Tertuduh yang juga seorang Pengawal Keselamatan, Maezmande Latif, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid dan lima pertuduhan dihadapan Hakim Irwan Suaibon.

Roslan dan Irwan kemudiannya menetapkan 10 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula terhadap semua kes berkenaan.

Statistik kesalahan kes rogol di seluruh negara menunjukkan seramai 16,287 remaja dan wanita menjadi mangsa rogol sejak tahun 2009 hingga 2013. Daripada jumlah tersebut, 80 peratus mangsa rogol tersebut dirogol oleh orang yang dikenalinya manakala 95% kes rogol babitkan gadis bawah umur.

Ini mengancam dan menggugat kedudukan gadis-gadis bawah umur. Sementara ibu-bapa pula tentu sentiasa diburu rasa resah dan gelisah apabila memikirkan semua ini.

Wahai perogol durjana, mungkin kalian masih ada sekelumit naluri kemanusiaan. Cuba fikirkan jika anak perempuan ,adik, ibu atau sesiapa sahaja yang anda sayangi menjadi mangsa rogol. Jika kemanusiaan masih bertakhta di hati kalian walaupun sekelumit, tentu sahaja kalian mengerti semua ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »