Fungsi Mahkamah


Tanya budak sekolah pun mereka tahu bahawa mahkamah itu adalah tempat sesuatu kes dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.

Hakim, peguam dan anak guam (plaintif / defenden) atau bahasa mudahnya, orang yang mendakwa / orang kena tuduh dan saksi pula merupakan nama yang sinonim dengan institusi mahkamah.


A menuduh B mencuri.
A memiliki bukti.
B tidak mengaku bersalah. Minta dibicarakan.
Proses bermula.... Hujah, hujah dan hujah...
Tiba masa hari keputusan.
Hakim memutuskan B bersalah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda.

Namun disebabkan Malaysia sebuah negara demokrasi, B boleh membuat rayuan ke peringkat mahkamah rayuan. Jika tiga (3) hakim di mahkamah tersebut mengekalkan hukuman, B boleh merayu lagi ke peringkat paling tinggi, mahkamah persekutuan dengan diadili lima (5) orang hakim. Namun proses ini perlu melalui peringkatnya dan menepati kehendak perundangan.

Apa yang hendak ditekankan ialah, terdapat tiga (3) peringkat mahkamah di Malaysia. Sudah diputuskan bersalah dan dijatuhi hukuman, OKT boleh membuat rayuan. Sudah tentu ia mengambil masa yang panjang. Peguambela pula tersenyum gembira - kontrak disambung lagi, lagi dan lagi :)

Manakala fail mahkamah pula bertambah lagi setingkat.

Bayangkan, jika ada seribu orang seperti B. Atau 10,000 orang?

Lebih menyedihkan sekiranya mendapat tahu bahawa B menyedari bahawa dirinya melakukan kesalahan. Beliau tahu bahawa mencuri itu satu kesalahan tetapi beliau tetap melakukannya demi meraih simpati.

"Kasihanilah saya. Saya hanya mencuri untuk tujuan berfoya-foya. Mahkamah ini tidak adil. Hakim itu adalah jiran kepada A. Saya dizalimi!"

Sekali lagi ditegaskan, BELIAU TAHU BAHAWA MENCURI ITU SATU KESALAHAN TETAPI BELIAU TETAP MELAKUKANNYA!

Tindakannya itu sekaligus menjelaskan bahawa B mengambil kesempatan terhadap kewujudan institusi mahkamah.

Mahkamah bukan lagi tempat untuk menuntut keadilan sebaliknya dijadikan pentas populariti.

Senario ini wajar dibendung dengan tegas. Sebaiknya hukuman lebih tegas dikenakan. Bukan bayaran tinggi kerana kebiasaanya orang seperti B memiliki kekayaan dan dibiayai organisasi kaya. Lebih baik kenakan hukuman penjara bagi tempoh yang lebih lama umpamanya penjara 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Jika tidak, generasi akan datang meniru perbuatan B untuk meraih populariti. Pada ketika itu, pentas Akademi Fantasia atau Malaysian Idol pasti tidak mendapat sambutan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »