POCA : CEGAH ATAU GALAK JENAYAH?


Sejak kerajaan memperkenalkan Akta PencegahanJenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 atau lebih dikenali sebagai Prevention of Crime Act (POCA), jenayah berat atau terancang dikatakan menurun sebanyak 15.5 peratus.


Adakah ia benar?

Kalau diikutkan, sudah banyak kali berlakunya kejadian tembakan pada tahun ini. Malah kejadian tembakan, serangan ganas serta rompakan bersenjata masih berlaku secara berleluasa di seluruh Malaysia.

Apakah sebenar yang hendak diperkatakan atau dirahsiakan kepada umum? Statistik jenayah berat menunjukkan penurunan atau sebaliknya?

Ia menjadi persoalan dan menimbulkan keraguan rakyat Malaysia kerana kejadian tembak menembak masih lagi berlaku.

Kejadian terbaru berlaku di Setapak pada Rabu lepas.

Seorang pemberi pinjaman wang berusia 43 tahun yang juga bapa kepada tiga orang anak mati ditembak ketika sedang memandu bersendirian dekat sebuah pusat beli belah.

Satu video kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi viral di laman sosial memaparkan empat orang lelaki menaiki motosikal dan menembak mati mangsa di tempat kejadian.

Sebanyak 15 kes tembak melibatkan kematian berlaku di Malaysia sejak Januari – Julai 2016 yang lalu.

Jadi, setelah POTA dilaksanakan, adakah ia dapat menurunkan kadar jenayah atau sebaliknya?

Rakyat perlu tahu, rakyat yang dimomokkan dengan Malaysia masih aman, tetapi aman yang bagaimana sekiranya perkara-perkara yang melibatkan soal keselamatan dianggap remeh?

Kesimpulannya, jenayah berat di Malaysia perlu dibanteras dengan apa cara sekalipun.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »