Sekitar jam 1.30 petang semalam, Malaysia Menjerit membuat tinjauan di sekitar Danau Kota, Setapak.
Belakang stesen minyak Petronas, terdapat deretan kedai dengan pelbagai jenis perniagaan. Bengkel kereta, restoran mamak, klinik, kedai perabot dan runcit.
Mengejutkan, apabila melihat pelajar-pelajar sekolah yang lengkap dengan pakaian seragamnya berpusu-pusu memasuki sebuah kedai runcit yang terdapat di situ.
Daripada pemerhatian, kedai tersebut yang dikendalikan oleh seorang wanita warga asing tanpa rasa bersalah menjual rokok kepada pelajar yang ternyata dibawah umur.
Sementara pelajar ini juga tanpa rasa segan menyedut dan menghembus asap rokok dikhalayak ramai.
Benda ini pastinya bukan perkara baharu… Tetapi perlukan kita memejamkan mata saja tanpa melakukan apa-apa? Apakah komuniti kita sudah tidak berperanan lagi?