MERDEKA : Terujakah kita?


Semalam, Malaysia Menjerit ada memuatnaik status bersama sekeping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki warga asing sedang membetulkan Jalur Gemilang di Publika, Dutamas, Jalan Duta.

Mungkin ada yang menganggap ia perkara biasa.


Sebenarnya tidak, semangat patriotik dan sayangkan Malaysia hari ini semakin pudar.

Lihatlah sekeliling anda, perhatikan dan bilang berapakah jumlah kenderaan yang mengibarkan bendera Malaysia? Sedangkan Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 59 kurang 48 jam sahaja lagi.

Belum lagi dilihat dipersekitaran kejiranan dan pusat perniagaan berhampiran kita. Jika ada, apakah ia sudah cukup meriah dan membuatkan kita bangga serta teruja untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada Rabu ini?

Tanya diri sendiri…

#HariKemerdekaan #NationalDay #SayaSayangMalaysia #KamiSayangMalaysia

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »