TOLONG BACA! Khas buat pemburu raksasa ‪#‎PokemonGo


‬Siapa yang tengah khusyuk menatap ‘gadget’ bermain permainan Pokemon Go, diminta berhenti seketika. Baca artikel ini, tidak sampai 10 minit pun…


Semalam media melaporkan negeri Melaka melarang masyarakat Islam daripada bermain Pokemon Go.

Ia diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan mengatakan bahawa permainan itu mengundang kemudaratan berbanding kebaikan selain melalaikan.

Keputusan ini sama dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan sehingga Muftinya dikecam dan dikritik hebat di media sosial.

Sebenarnya, keputusan tersebut adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.”

Oleh itu, lebih baik anda bermain permainan Super Mario kerana ia hanya melalaikan diri anda sahaja. Sebaliknya Pokemon Go akan memudaratkan orang lain seperti kemalangan.

Admin difahamkan ada pemain Pokemon Go ini disaman oleh polis trafik kerana terlalu leka mencari raksasa sehingga menyalahi undang-undang.

Sahabat Admin yang juga seorang wartawan turut terlibat dalam kemalangan selepas terjatuh daripada motosikalnya. Khusyuk benar menangkap raksasa Pokemon. Nasib baik tidak melibatkan kecederaan parah ataupun kematian.

Nanti dalam kubur kawan-kawan tanya, KAU MATI SEBAB APA?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »