Sayu hati melihat bayi lelaki yang masih bertali pusat, tidak lagi bergerak.
Ditinggalkan di Masjid Jamek Baru Gopeng kira-kira jam 10.15 malam bersama sekeping nota.
“Assalamualaikum. Minta jasa masjid mengebumikan dan semayangkan (sembahyangkan) anak saya.”
Pengerusi Masjid Azizuddin Shah memberitahu mayat bayi tersebut dijumpai oleh seorang jemaah selepas selesai menunaikan solat terawih.
Al-Fatihah. Syurgalah buatmu nak.