Menghargai dan menghormati perkhidmatan ahli bomba tidak hanya sekadar menganugerahkan medal, sijil dan cenderamata, tidak mencukupi dengan ucapan dan surat pujian.
Itulah yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Perkhidmatan yang diberikan oleh anggota bomba sewajarnya dihormati dan diberikan penghargaan.
Titah baginda, anggota bomba saban masa berhadapan pelbagai bahaya dan mengharungi pelbagai dugaan ketika melaksanakan tugas dan menggalas tanggungjawab mereka.
“Menghargai dan menghormati khidmat anggota bomba hendaknya tidak terbatas kepada program-program berbentuk perbarisan, pameran, persembahan budaya atau jamuan.
‘Sambutan Hari Anggota Bomba akan lebih bermakna jika diisi dengan acara-acara berunsur ilmu, berupaya meningkatkan penghayatan masyarakat dan apresiasi Negara.