Perbincangan ini menjurus kepada terma dan rujukan bagi proses pendaftaran sekolah-sekolah tahfiz supaya dapat diletakkan di bawah satu institusi.
Sebelum ini sekolah-sekolah tahfiz berada di bawah kelolaan Majlis Islam Negeri masing-masing dan sebahagiannya mengikuti silibus pembelajaran yang disediakan pihak Kementerian Pendidikan.
"Terma dan rujukan terbabit antaranya adalah dari segi penyediaan insfrastruktur, kokurikulum dan guru."
Demikian kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam sidang akhbarnya selepas menghadiri Multaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Putrajaya semalam, 2 Mei 2017.
#MenerajuiPerubahan #LeadingTowardsChanges #KPM #Negaraku #SekolahTahfiz #JAKIM