CARA ATASI MARAH


Marah merupakan satu luahan rasa emosi yang tidak terkawal. Apabila emosi tidak stabil, wajah tentulah tidak berseri. Oleh itu kawallah perasaan marah dari menguasai diri. Cuba alihkan kepada sesuatu yang positif dan berfaedah.

Dibawah ada tip-tip yang boleh digunakan ketika anda marah.


1- BERGERAK ATAU BERJALAN-JALAN
Ketika dalam keadaan marah, elakan untuk berada dekat dengan orang yang buat anda marah. Sebaik-baiknya angkat kaki dan tinggalkan individu tersebut.

2- MENJERIT
Jeritlah sepuas-puasnya jika itu mampu meredakan kemarahan anda. Dengan menjerit ia akan membuat fikiran anda lebih tenang. Tapi pastikan anda tidak menjerit di tempat awam, nanti ada pula yang bawa anda ke hospital. Seelok-eloknya masuk dalam bilik anda dan jerit puas-puas.

3- TULIS
Luahkan kegeraman dan kekesalan serta rasa marah anda dengan menulis diatas kertas. Sekurang-kurang ia akan mereedakan ketenangan. Awas jika anda menulis di facebook, nanti ramai yang komen dan jadi batu api.

4- BERBUAL DAN BERBINCANG
Ajaklah orang yang anda marah itu berbual dan berbincang. Sesetengah orang mampu meredakan kemarahannya dengan berbincang menyelesaikan masalah antara mereka. Ingat ! masalah tidak boleh selesai dengan berdiam diri.

5- MINTA NASIHAT
Ini merupakan cara yang bijak dalam meredakan kemarahan. Cari pakar-pakar untuk mendapatkan nasihat mereka. Mungkin mereka ada jalan penyelesaiannya.

6- AMBIL WUDHUK DAN BERDOA
Ini merupakan kaedah penyelesaian marah yang paling afdal dan dituntut. Air wuduk dapat menenangkan diri dan meredakan kemarahan. Seeloknya selepas ambil wuduk, teruskan dengan solat dua rakaat dan berdoa.

Semoga tip-tip yang diberikan dapat membantu anda.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »