ZAITON SAMEON “MENARUH HARAPAN” RUMAH PPR

Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak, atau meraih simpati, jauh sekali menagih publisiti murahan, tetapi inilah luahan hati seniwati Zaiton Sameon yang ditemui baru-baru ini.


Menurut penyanyi yang telah mula menghiburkan orang ramai sejak tahun 1980-an itu, beliau telah berusaha memohon rumah kos rendah PPR sebelum ini namun masih belum berjaya memiliki kediaman sendiri.


"Sehingga kini saya masih belum menerima maklum balas mengenai permohonan tersebut."


Demikian luahan penyanyi lagu Menaruh Harapan itu kepada CEO MyLoan, Encik Awis Qurni baru-baru ini di pejabat myloan.my, sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan konsultan kewangan kepada orang ramai, termasuk bagi mendapatkan geran daripada Kerajaan.


Dalam masa sama, Encik Awis berharap dan mencadangkan supaya anugerah atau pengiktirafan sewajarnya turut diberikan bukan sahaja kepada seniman negara, tetapi juga kepada seniwati yang banyak menghiburkan jutaan jiwa seperti Zaiton Sameon. 


"Selain kediaman sendiri, mungkin elaun bulanan dapat membantu seniman dan seniwati mengharungi sisa kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di saat keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini," kata Awis yang menjemput Zaiton ke pejabatnya untuk menghiburkan staf beliau sambil menyokong industri seni tanah air.


Media sebelum ini melaporkan Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990. Dalam kemalangan itu, anaknya Azirwan Abu Bakar terkorban. 


Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham. Didoakan juga semoga urusan seniwati Zaiton Sameon dipermudahkan dan berjaya mencapai impiannya.


Malaysia Menjerit

9 September 2023



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »