NAMA BLACKLIST BOLEH APPLY LOAN KE?

Apabila bercakap mengenai pinjaman, tak kira pinjaman peribadi, perniagaan, rumah, kenderaan atau apa juga bentuk pinjaman, apa perkara utama yang bermain di fikiran anda?

Soalan yang sering diajukan ialah, nama yang telah 'blacklist' (disenaraihitamkan) boleh mohon tak?


Menurut CEO MyLoan.my, Tuan Awis Qurni Zakariah, jawapan kepada soalan tersebut adalah BOLEH tetapi ia melihat kepada jenis kes yang anda alami. 


Ada beberapa perkara yang perlu mereka ketahui bagi mengenalpasti sama ada nama yang telah disenaraihitamkan itu layak memohon pinjaman atau sebaliknya. 


MyLoan.my ingin tahu : 


1. Apakah definisi blacklist yang anda alami? Masalah dengan CCRIS, CTOS, Koperasi atau Angkasa? Berapa jumlahnya?


2. Berapakah pendapatan anda? 


3. Siapa majikan anda? Kerajaan atau swasta?


Jika anda dapat kemukakan perkara-perkara di atas, maka pihak MyLoan.my akan cuba membantu anda.


Ada juga dikalangan anda yang tak tahu pun namanya disenaraihitamkan, tak sedar dia culas membayar pinjaman lain sehingga ada masalah dengan CCRIS dan tak tahu namanya pernah menjadi penjamin beberapa puluh tahun lalu, sehingga disenaraihitamkan. 


Semua perkara ini boleh diketahui sekiranya anda mempunyai laporan kredit yang lengkap. 


Pihak MyLoan.my turut menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan laporan kredit anda. Melalui laporan kredit yang lengkap inilah MyLoan.my akan membantu dan memberi cadangan langkah seterusnya yang perlu anda lakukan. 


MyLoan.my menawarkan perkhidmatan pembelian laporan kredit daripada CCRIS, CTOS, Experian, Angkasa, Ram Credit Info dengan harga serendah RM50 sahaja. Permohonan akan diproses dalam masa dua hari bekerja.


MyLoan.my juga pernah membantu pelanggan yang namanya disenaraihitamkan, tetapi layak untuk membuat pinjaman. Bestkan?


Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari MyLoan.my. 


Dengan MyLoan.my, pinjaman anda menjadi lebih mudah!


Sumber:

https://www.facebook.com/100064493000861/posts/pfbid0ucT45krLTY4AJMDFw5o6LkfeTdVFcJ7Lx2EmmZG2ycCcv64432NMpefQ9qpvC7ncl/?mibextid=cr9u03

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »