BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM

Berita baik buat penjawat awam yang bercadang untuk membuat pinjaman peribadi. 

MyLoan.my boleh bantu anda untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah terendah. 

Mengapa perlu membayar pinjaman dengan kadar faedah sehingga 12 peratus? Sedangkan MyLoan.my mampu membantu anda untuk mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah 2 sehingga 3 peratus sahaja.


MyLoan.my bukan agensi pinjaman wang ya. 


Tapi My.Loan.my merupakan syarikat konsultan yang boleh memberi cadangan kepada anda untuk menyusun semula hutang atau komitmen setiap bulan dan pilihan bank terbaik untuk anda membuat pinjaman.


Sebelum membuat pinjaman, kita perlu dapatkan laporan kredit penuh (CCRIS, CTOS, Experian, Angkasa, Ram Credit Info) untuk tahu nama kita 'clear' atau tidak. 


Yang ini pun korang tak payah pening kepala. Hanya dengan satu tandatangan dan pembayaran serendah RM50, MyLoan.my akan bantu korang untuk dapatkan semua laporan kredit ni.


Lepas dah dapat semua data, barulah MyLoan.my boleh bagi nasihat, cadangan atau langkah selanjutnya yang korang boleh ambil. 


Semoga info ini memberi manfaat kepada semua penjawat awam di luar sana. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari MyLoan.my atau tiktok @ceomyloan.my


Dengan www.MyLoan.my pinjaman anda menjadi lebih mudah!


Sumber:

https://www.facebook.com/100064493000861/posts/pfbid0CgDpUXGqs4xKfaegm5yRYnftYRLoGbC1T1VbcfigDSSWvSkGKZ2LKY97yQgfgaerl/?mibextid=cr9u03

NAMA BLACKLIST BOLEH APPLY LOAN KE?

Apabila bercakap mengenai pinjaman, tak kira pinjaman peribadi, perniagaan, rumah, kenderaan atau apa juga bentuk pinjaman, apa perkara utama yang bermain di fikiran anda?

Soalan yang sering diajukan ialah, nama yang telah 'blacklist' (disenaraihitamkan) boleh mohon tak?


Menurut CEO MyLoan.my, Tuan Awis Qurni Zakariah, jawapan kepada soalan tersebut adalah BOLEH tetapi ia melihat kepada jenis kes yang anda alami. 


Ada beberapa perkara yang perlu mereka ketahui bagi mengenalpasti sama ada nama yang telah disenaraihitamkan itu layak memohon pinjaman atau sebaliknya. 


MyLoan.my ingin tahu : 


1. Apakah definisi blacklist yang anda alami? Masalah dengan CCRIS, CTOS, Koperasi atau Angkasa? Berapa jumlahnya?


2. Berapakah pendapatan anda? 


3. Siapa majikan anda? Kerajaan atau swasta?


Jika anda dapat kemukakan perkara-perkara di atas, maka pihak MyLoan.my akan cuba membantu anda.


Ada juga dikalangan anda yang tak tahu pun namanya disenaraihitamkan, tak sedar dia culas membayar pinjaman lain sehingga ada masalah dengan CCRIS dan tak tahu namanya pernah menjadi penjamin beberapa puluh tahun lalu, sehingga disenaraihitamkan. 


Semua perkara ini boleh diketahui sekiranya anda mempunyai laporan kredit yang lengkap. 


Pihak MyLoan.my turut menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan laporan kredit anda. Melalui laporan kredit yang lengkap inilah MyLoan.my akan membantu dan memberi cadangan langkah seterusnya yang perlu anda lakukan. 


MyLoan.my menawarkan perkhidmatan pembelian laporan kredit daripada CCRIS, CTOS, Experian, Angkasa, Ram Credit Info dengan harga serendah RM50 sahaja. Permohonan akan diproses dalam masa dua hari bekerja.


MyLoan.my juga pernah membantu pelanggan yang namanya disenaraihitamkan, tetapi layak untuk membuat pinjaman. Bestkan?


Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari MyLoan.my. 


Dengan MyLoan.my, pinjaman anda menjadi lebih mudah!


Sumber:

https://www.facebook.com/100064493000861/posts/pfbid0ucT45krLTY4AJMDFw5o6LkfeTdVFcJ7Lx2EmmZG2ycCcv64432NMpefQ9qpvC7ncl/?mibextid=cr9u03

ZAITON SAMEON “MENARUH HARAPAN” RUMAH PPR

Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak, atau meraih simpati, jauh sekali menagih publisiti murahan, tetapi inilah luahan hati seniwati Zaiton Sameon yang ditemui baru-baru ini.


Menurut penyanyi yang telah mula menghiburkan orang ramai sejak tahun 1980-an itu, beliau telah berusaha memohon rumah kos rendah PPR sebelum ini namun masih belum berjaya memiliki kediaman sendiri.


"Sehingga kini saya masih belum menerima maklum balas mengenai permohonan tersebut."


Demikian luahan penyanyi lagu Menaruh Harapan itu kepada CEO MyLoan, Encik Awis Qurni baru-baru ini di pejabat myloan.my, sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan konsultan kewangan kepada orang ramai, termasuk bagi mendapatkan geran daripada Kerajaan.


Dalam masa sama, Encik Awis berharap dan mencadangkan supaya anugerah atau pengiktirafan sewajarnya turut diberikan bukan sahaja kepada seniman negara, tetapi juga kepada seniwati yang banyak menghiburkan jutaan jiwa seperti Zaiton Sameon. 


"Selain kediaman sendiri, mungkin elaun bulanan dapat membantu seniman dan seniwati mengharungi sisa kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di saat keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini," kata Awis yang menjemput Zaiton ke pejabatnya untuk menghiburkan staf beliau sambil menyokong industri seni tanah air.


Media sebelum ini melaporkan Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990. Dalam kemalangan itu, anaknya Azirwan Abu Bakar terkorban. 


Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham. Didoakan juga semoga urusan seniwati Zaiton Sameon dipermudahkan dan berjaya mencapai impiannya.


Malaysia Menjerit

9 September 2023