Serius ramai yang tak puas hati bila tengok lukisan mural di dinding sebuah sekolah Tamil di Malaysia. Sungai Siput.
Ia turut memaparkan lukisan Mahatma Ghandi Kalasalai.
Apa jasa mereka kepada negara Malaysia?
Isu yang hangat diperkatakan di media sosial ini turut mendapat perhatian pengamal media, Harian Metro.
Guru besar sekolah berkenaan, T Muthuselvan ketika dihubungi, menafikan dakwaan pihak sekolah tidak patriotik sebaliknya memberitahu lukisan mural seterusnya di dinding dalam kawasan sekolah akan dilukis dengan wajah tokoh negara.
Katanya, lukisan mural itu adalah projek diilhamkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masih belum siap sepenuhnya manakala gambar ditular hanya mural di luar pagar sekolah.
Menurutnya, perkara itu seharusnya tidak perlu diperbesarkan kerana projek itu akan disusuli dengan projek menceriakan dinding bahagian dalam halaman sekolah dengan menginspirasikan tokoh tempatan.
“Mural seperti ditularkan baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu dan kita sememangnya sudah merancang untuk menyambung semula projek ini dalam halaman kawasan sekolah dalam masa terdekat.
“Kalau kita lihat di SJKT lain pun, situasinya sama iaitu gambar tokoh pendeta bahasa Tamil akan menghiasai pagar sekolah di bahagian luar.
“Tambahan pula, kami sudah pun merancang sejak sebulan lalu selain memperuntukkan ruangan di sebelah dalaman perkarangan sekolah yang akan dihiasi gambar bertemakan tokoh sasterawan dalam negara termasuk Usman Awang,” katanya.
Harian Metro