TRAGEDI SG KIM-KIM : ADIK NI MASIH MENGGELETAR SAMPAI SEKARANG :(

Salah seorang mangsa pencemaran Sungai Kim Kim mendakwa kerap menggeletar selepas mengalami gangguan kesihatan kali ketiga, 28 Ogos lalu.

Murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Nur Adani Mohd Nasir dikatakan tidak dapat mengawal dirinya ketika menggeletar yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Malah anak kedua daripada lima beradik itu akui takut jika menerima nasib serupa seperti pesakit Myokimia dari SK Taman Bukit Dahlia, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12.

Bapanya, Mohd Nasir Mohd Noh, 42 berkata, sehingga kini mereka sekeluarga masih menantikan jawapan daripada doktor yang merawat anaknya itu.

"Saya tak kisah doktor nak bagi rawatan psikiatri ke apa ke tapi yang saya nak tahu sekarang macam mana anak saya nak kawal menggeletar dia itu?

"Sampaikan dia tengah tidur pun boleh menggeletar. Sarafnya bagaimana? Ini bukan trauma lagi dah kalau dalam tidur pun boleh menggeletar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Pasir Putih semalam.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/49550/EDISI/Johor/Adik-Nur-Adani-kerap-menggeletar

FB pages untuk dijual. Sangat berbaloi!!!

Sekarang segala-galanya dihujung jari. 

Kami ada menyediakan kedai / tapak online untuk anda meluaskan kuasa viral.

Kami menjual beberapa laman (fb page) :

77,000 likes 
58,000 likes
23,000 likes
13,000 likes

Whatsapp 0193181238 untuk detail.

Kenapa SJK Tamil di Malaysia lukis muka pemimpin negara India? Ini jawapan Guru Besar sekolah tersebut...


Serius ramai yang tak puas hati bila tengok lukisan mural di dinding sebuah sekolah Tamil di Malaysia. Sungai Siput.

Ia turut memaparkan lukisan Mahatma Ghandi Kalasalai.

Apa jasa mereka kepada negara Malaysia?


Isu yang hangat diperkatakan di media sosial ini turut mendapat perhatian pengamal media, Harian Metro.

Guru besar sekolah berkenaan, T Muthuselvan ketika dihubungi, menafikan dakwaan pihak sekolah tidak patriotik sebaliknya memberitahu lukisan mural seterusnya di dinding dalam kawasan sekolah akan dilukis dengan wajah tokoh negara.


Katanya, lukisan mural itu adalah projek diilhamkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masih belum siap sepenuhnya manakala gambar ditular hanya mural di luar pagar sekolah.

Menurutnya, perkara itu seharusnya tidak perlu diperbesarkan kerana projek itu akan disusuli dengan projek menceriakan dinding bahagian dalam halaman sekolah dengan menginspirasikan tokoh tempatan.


“Mural seperti ditularkan baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu dan kita sememangnya sudah merancang untuk menyambung semula projek ini dalam halaman kawasan sekolah dalam masa terdekat.

“Kalau kita lihat di SJKT lain pun, situasinya sama iaitu gambar tokoh pendeta bahasa Tamil akan menghiasai pagar sekolah di bahagian luar.


“Tambahan pula, kami sudah pun merancang sejak sebulan lalu selain memperuntukkan ruangan di sebelah dalaman perkarangan sekolah yang akan dihiasi gambar bertemakan tokoh sasterawan dalam negara termasuk Usman Awang,” katanya.

Harian Metro

Maksud disebalik "Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan"

Maksud disebalik "Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan"

Kita biasa dengar kata-kata indah yang dicipta orang-orang dahulu. Sedia maklum, setiap perkataan yang diungkan mereka penuh dengan maksud tersurat dan tersirat.

Inilah keindahan dan keunikan warisan nenek moyang kita.

Seperti tajuk di atas, berapa ramai yang tahu maksud kata-kata tersebut? Kenapa nak dirikan papan di Jawa? Kenapa tidak ditempat lain?

Tonton video ini :

https://m.youtube.com/watch?v=6RHmhsRrafM&feature=youtu.be

Kali ketiga mesej not RM100 palsu : Palsu

Tersebar lagi mesej berbunyi :

"Wang kertas RM100 palsu sedang diedarkan secara meluas sekarang. Berhati-hati apabila menerima bil RM100. Semua mata wang palsu nota no siri berakhir dengan 996. Pls sebarkan maklumat ini untuk memberi amaran kepada org ramai."

Hasil research pihak editorial MM mendapati gambar dan teks sama pernah tular pada tahun 2016.

Begitu juga dengan awal tahun lepas, 2018.

Polis menafikan kesahihan mesej bergambar yang tular dalam aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook mengenai dakwaan wujudnya pengedaran wang kertas palsu RM100 secara meluas di sekitar ibu kota dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihak polis akan meneliti mesej tersebut, namun tidak menolak kemungkinan mesej tersebut palsu dan tidak benar sama sekali.

"Mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini telah tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak pasti.

"Jika pihak yang menyebarkan mesej itu mengetahui sesuatu mengenai wang palsu berkenaan mereka diminta tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis menangani masalah ini segera," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Menurut Luthfi Ismail, bagaimanapun pihaknya bersama Bank Negara akan sentiasa melakukan pemantauan dan meminta orang ramai memberi kerjasama memaklumkan aktiviti tersebut jika ada serta melaporkannya di balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mesej-tular-wang-rm100-palsu-tidak-sah-1.614271

Pelikkan, apa tujuan mesej seperti ini ditularkan?

Pertandingan Memancing di Taman Layang-Layang Kepong 15 Sept 2019

Khas buat kaki pancing. #savethedate 15 September 2019 @ Taman Metropolitan Kepong.

Minyak masak kaw kaw murah !

Eh cepatlah. Harga kaw kaw turun ni. Sampai Isnin 9 Sept ni je.

Jom ke #Mydin @mydinmalaysia 

#minyakmasak #saji #murah #promosi #malaysia #mmmeniaga #mmmurah #malaysiamenjerit #myjerit 

Gadis lengkap beruniform separuh b0gel tular.

Berita ini tular sejak Khamis lepas dan disiarkan dalam portal Guanghua Daily dan China Press :

https://www.chinapress.com.my/20190906/%e4%b8%80%e5%b9%b4%e5%89%8d%e6%8b%8d%e8%87%aa%e6%85%b0%e7%9f%ad%e7%89%87-%e5%a4%a7%e8%83%86%e5%a5%b3%e7%a8%8e%e5%ae%98%e4%bb%8d%e7%85%a7%e5%b8%b8%e4%b8%8a%e7%8f%ad/

Menurut portal World of Buzz yang memetik laporan Guanghua Daily, ia adalah rakaman video tahun lepas dan disahkan oleh pihak yang berkaitan.

Bukan 1 tapi ada 9 video gadis berkenaan beronani.

https://www.worldofbuzz.com/msian-customs-officer-films-herself-masturbating-in-public-toilet-while-in-uniform/?fbclid=IwAR02GZs8tRLSUBpVHbY2VtYrxyRThBmUZ8KtnNs-kyV6dwEENGvrEU4ThXE

Ini bukanlah berniat untuk mengaibkan tetapi sebagai mesej peringatan kepada semua.

JANGAN SESEKALI RAKAM AKSI GHAIRAH DIRI SENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT ATAUPUN VIDEO CALL.

ZAMAN SEKARANG SANGAT CANGGIH DENGAN TEKNOLOGI. KITA TAK TAHU APA YANG ADA DALAM TELEFON ATAU GELOMBANG INTERNET.

TAK KISAHLAH KORANG NAK RAKAM HANYA UNTUK SIMPANAN PERIBADI ATAU NAK TUNJUK PADA ORANG TERSAYANG SEKALIPUN.

JANGAN! JANGAN! JANGAN!

ADA JUGA YANG DILIHAT MERAKAM DIRI SENDIRI HANYA UNTUK MERAIH POPULARITI. MACAM VIDEO 'NAK KENA R0GOL' YANG VIRAL DI IG. TAPI TOLONGLAH FIKIRKAN MASA DEPAN DAN KELUARGA ANDA.

ADAKAH ANDA MAHU MELETAKKAN MARUAH ANDA SEDEMIKIAN RENDAH?

JIKA MAHU MENJADI PELAKON LUCAH ATAU PORNST4R SEKALIPUN, IA BUKANLAH BERMULA DI NEGARA INI. KAU PERGILAH KE LUAR NEGARA. DI SANA MUNGKIN BERLAMBAK AGENSI ATAU PRODUKSI KHAS UNTUK FILEM LUCAH.

HARAP KEJADIAN INI MENJADI YANG TERAKHIR DI MALAYSIA YANG PENUH DENGAN ADAB DAN KESOPANAN.

SEKALI LAGI INGAT YA. TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN. JANGANLAH SESEKALI RAKAM 'ASET' ANDA BAIK GUNA TELEFON ATAU KAMERA. JANGAN PERCAYA ORANG YANG ANDA SAYANG ATAU PERCAYA 100% PADA ALAT TEKNOLOGI.

JANGAN! JANGAN! JANGAN!

VIDEO | Penyokong Malaysia datang Indonesia dilayan macam vavi, penyokong Indonesia datang Malaysia dilayan macam YB.


KENAPA TAK PAKAI PELURU KAPUR? INI JAWAPANNYA...


Buat semua orang Awam yang tak faham. Saya dah malas nak menjawab.

Kali ini saya bagi ayat yang paling mudah untuk semua faham.

Soalan : kenapa perlu guna peluru hidup berbanding peluru kapur ( blank ) untuk demo

Jawapan : kerana Tentera di ajar untuk menembak tepat ke sasaran yang hendak dituju. Dan Komando adalah unit paling elit dalam ATM yang kehidupan seharian mereka (latihan) sebilang masa menggunkan peluru hidup. Boleh di katakan setiap Hari mereka "bermain" dengan peluru hidup.

Kenapa?

Jawapan : kerana mereka adalah barisan paling hadapan jika berlaku sesuatu ancaman. Bukan mereka nak tunjuk gagah atau hebat di mata awam. Ini kerana mereka sentisa berhadapan dengan risiko Menembak atau ditembak. Demo ini untuk membuktikan kepada anda semua bahawa tentera kita sentiasa bersiap sedia. Termasuk bersedia berhadapan situasi peluru hidup.

Apa kena mengena mempertahankan negara dengan demo menggunakan peluru hidup?

Jawapan : Kerana mereka adalah yang terlatih di antara yang terlatih. Mereka di latih untuk tidak sesekali tersasar dari sasaran. Demo ini untuk menguji keyakinan penembak dan yang di tembak. Percaya pada peralatan, percaya pada ketepatan dan juga percaya pada Takdir Tuhan.

Tapi kenapa kali ini tersasar?

Jawapan : Takdir Allah yang maha ESA. Siapa anda nak lawan. Kita semua manusia. Tidak terlepas dari kesilapan. Tuan-tuan biasa potong bawang? Seumur hidup tuan mengendalikan pisau untuk potong bawang, tak pernah ke sekali terhiris jari atau tersalah potong? Ini di namakan kemalangan. Sesuatu yang tidak diduga.

Saya bagi contoh mudah.

Ada seorang pegawai Bomba. Arwah Abu Zarin atau nama panggilan Wira Penyelamat. Pakar haiwan berbisa. Terutama ular tedung Selar. Arwah sentiasa menjadi orang pertama yang berhadapan dengan haiwan berbisa itu.

Arwah meninggal dunia kerana dipatuk ular ketika sesi mandikan ular dan mengajar anak buahnya.

Dalam kes ini, nampak tak risiko yang di hadapi?

Kenapa tuan-tuan tak nak soal?

Asal tak pakai ular getah je sebagai latihan atau demo?

Sebab pekerjaan mereka semenangnya mulia lagi berbahaya. Mereka tahu risiko mereka.

Dan saya harap tuan-tuan faham dan jelas. Kenapa demo itu menggunakan peluru hidup.

Tugas mereka memang berbahaya dan berisiko. Mereka faham.

Cukup-cukuplah ber soal itu ini. Doakan agar kedua Arwah, sentiasa dicucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Saya tak mintak tuan-tuan faham tugas mereka, cuma saya mintak tuan-tuan berhenti dari menyalahkan sesiapa.

Semuanya takdir.

Alfatihah kepada kedua Hero. Mereka Hero dalam bidang mereka.

Kematian mereka mulia.
Kematian kita?

DARI FB Rahman Nanyan
https://www.facebook.com/rahman.nanyan/posts/2495080923848121

VIDEO INSIDE | Atikah Suhaimie nak lelaki buncit, umur berapa pun tak kisah.

Betul kata orang, lelaki yang perut buncit sering menjadi rebutan.

Bak siualan kaum lelaki, BUNCIT ITU SEKSI.

Hari ini banyak media hiburan menceritakan tentang seorang selebriti ni, Atikah Suhaimie.

Petikan kata-katanya diambil semasa beliau ditemubual di sebuah stesen radio tempatan pagi tadi.

"Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang. Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakkan"

"Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang bunci."

Namun sejauh manakah serius kata-kata Atikah? Atau beliau sekadar berseloroh?

Atau dia benar-benar impikan lelaki buncit selepas putus tunang suatu ketika dulu?

Atikah nak buncit macam mana? So mana mana lelaki bujang di luar sana bolehlah ukur tahap kebuncitan perut anda ya! :p

Video : https://www.instagram.com/p/B2AzRCJHumg/?igshid=bgvpnq3njait

Foto : IG therealatikahsuhaimie

Kata-kata Allahyarham Mejar Zahir 15 tahun lalu...

Throwback kira-kira 15 tahun lepas, ucapan Allahyarham Mejar Zahir Armaya (masa ni pangkat Leftenan Muda) selepas tamat latihan pegawai kadet TJP 68. Al Fatihah.

#tjp68
#janganmalukanperkhidmatan
#zahir_armaya_dalam_kenangan

DARI FB SHOFFEE RAZALI

Baca ni. Jangan nak terus terpacak je!

Amaran penting bagi siapa yang selalu bangun tidur untuk buang air.

"Saya nak kongsi tips yang sangat penting – bagi yang kerap terbangun dari tidur untuk ke tandas."

Amalan Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting ?

3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat penting?

Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar. Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. 

Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Info Dr Daroyah Alwi

Tengok data ni dan anda tahu betapa pentingnya FB pages

Nak tak nak, peredaran teknologi terus berjalan. Siapa yang tak ikut perkembangannya, maka mereka akan ketinggalan.

Tengoklah data ini, seramai 2.27 BILION PENGGUNA FB AKTIF bagi tahun 2019. Ruginya kalau ia tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Jika anda seorang peniaga atau usahawan, gunakanlah FB untuk menyebar luas produk atau perkhidmatan anda.

Jika anda penggerak komuniti, gunakanlah FB untuk melancarkan kuasa viral anda.

Begitu juga dengan NGO dan seumpamanya.

Lagi satu jangan lupa, majoriti rakyat Malaysia menjadikan FB sebagai 'sarapan', 'makan tengahari' dan 'makan malam' mereka.

Jadikanlah produk / perkhidmatan / kempen atau informasi anda sebagai menu untuk mereka!

...

Sekiranya anda sedang mencari 'FB pages' yang memiliki 'likes' / 'followers' lebih daripada 10k, boleh hubungi (Whatsapp) 0193181238.

Klik --> www.wasap.my/60193181238

Fatin Afeefa lebih happy lepas jadi janda

"It's okay, im more than happy lepas jadi mak jan." - Fatin Afeefa

1. Mak Jan sering menjadi bahan negatif dalam masyarakat kita. Macam semua mak jan ni ada buat salah kat semua orang. Macam mereka penjenayah kalah mona fendy.

Klik link nak tengok apa netizen kata :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2365273283737761&id=1710834325848330

2. Dia jadi macam mak tiri laa. Sebab drama kata mak tiri jahat maka berlapis lapis keturunan akan fikir mak tiri jahat.

3. Sama macam mat rempit. Dilabel semua yang naik motor tu sampah masyarakat. Depa tak tahu Hafiz main motor dapat harumkan nama negara. BO55KU. Kau yang keji tu, apa sumbangan kau pada negara? Usah negara lah, apa sumbangan kau pada mak apak kau?

4. Sampai bila stigma mak jan / mak tiri / mat rempit akan berubah positif? Jawapan dia di nombor lima.

5. Tunggu kau berada di tempat mereka. Bukan min doakan tapi jodoh ajal semua ketentuan Tuhan. Kita tak tahu apa akan jadi pada kita. Kun fa ya kun. Entah esok lusa kau terpaksa naik motor sebab kena jual kereta tak ada duit. Dan kau digelar sampah masyarakat, diludah ludah dan baru kau faham apa mak jan, mak tiri, mat rempit ni rasa. (Yang jahat, jahatlah. Contoh yang jahat tu donal trump. Yang kau pukul rata semua orang putih jahat tu dah kenapa. Mat Dan tu baik apa.)

#MalaysiaMenjerit

CACING DI MATA


Untuk rekod, seorang wanita dari Oregon dipercayai individu pertama di dunia yang dijangkiti spesies cacing kecil pada bahagian mata, yang sebelum ini hanya berlaku pada lembu dan ia disebarkan oleh lalat pemakan pelincir mata.

Saintis di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) (CDC), berkata, 14 cacing daripada spesies Thelazia gulosa, sepanjang 1.27 sentimeter berjaya dikeluarkan dari mata wanita berusia 26 tahun, dalam tempoh 20 hari sebelum gejala yang dialaminya hilang.

Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan dan Kesihatan Tropika Amerika itu, mendedahkan cacing spesies Thelazia sering ditemui pada lembu yang diternak di utara AS dan selatan Kanada.

Menurut saintis, kajian itu menunjukkan kawasan Amerika Utara lebih terdedah dengan masalah itu berbanding apa yang difahami sebelum ini mengenai jangkitan berkenaan.

Penyelidik juga berpendapat, jika cacing itu kekal lebih lama dalam mata seseorang individu, ia boleh menyebabkan parut pada kornea dan kemungkinan besar mangsa boleh mengalami buta.

Wanita itu mengesan satu cacing kecil yang lut sinar pada mata kirinya selepas mengalami kerengsaan.

Kata penyelidik, wanita itu dijangkiti cacing berkenaan kerana sering berada diluar rumah ketika musim panas.

“Kes jangkitan parasit cacing pada mata jarang berlaku di AS dan kes membabitkan spesies Thelazia ini tidak pernah dilaporkan berlaku pada manusia,” kata ketua penyelidik, Richard Bradbury.

Bradbury yang juga penyelidik Bahagian Penyakit Parasit dan Malaria, CDC, berkata sebelum ini, dua spesies cacing dikenal pasti menjangkiti manusia dan Thelazia gulosa adalah spesies ketiga.

Kes jangkitan cacing di seluruh dunia sebelum ini banyak dilaporkan di Eropah dan Asia terutama sekali di kawasan terpencil yang berhampiran dengan haiwan serta taraf hidup yang rendah.

VIDEO

IKLAN SERENDAH RM50 SEBULAN !!!


Jangan lepaskan peluang ini, sementara masih ada ruang kekosongan!!!

Malaysia Menjerit tengok iklan anda !!!

Kami akan up iklan anda di FB, IG, Twitter, Blog dan You Tube

Whatsapp 0193181238

www.wasap.my/60193181238

*Mengikut terma dan syarat.

Apa ingat 'kerja bodoh' ni semua tak sekolah ke? Tengok ni...



Malaysia Menjerit cukup pantang bila ada orang yang pandang lekeh pada orang lain.

"Tengok tu, muka cantik tapi kerja kedai makan. Tulah dulu malas belajar. Harapkan muka je."

"Eh kau jangan jadi macam mat mat rempit tu. Kerja jadi budak penghantar. Tak ke mana hidup kalau jadi rider je. Macam mana nak kahwin, macam mana nak sara anak orang? Sebab tu papa suruh kau belajar rajin-rajin."

Pesan min, jangan sesekali pandang lekeh pandang hina pada orang lain. Kau siapa nak judge orang?








Khas buat orang Shah Alam dan Ipoh #PemburuTudung


Hujung minggu ini CLOVERANGERS akan berada di sekitar Shah Alam dan Ipoh tau.

Apa itu CLOVERANGERS ???

Cloverangers ialah program yang dijalankan oleh HQ bagi mengeratkan lagi silaturahim antara HQ dan Clovelets.

Kami akan datang kepada anda sebagai tanda penghargaan. Satu pickup point akan ditentukan oleh HQ dan kita akan jumpa di sana untuk menghantar pesanan anda.

Team Cloverangers akan tunggu selama sejam di pickup point. Jadi Clovelets kena bersiap sedia untuk block jadual ok!

Harga istimewa buat anda yang beli dengan Cloverangers !!!

WhatsApp untuk tempahan

0133010251

Atau klik saja pada link ini :
www.wasap.my/60133010251

Jumpa anda di Ipoh !!!

Nak tengok design :

https://www.instagram.com/cloverush/

https://www.cloverushonline.com/








Lelaki ini datang dari jauh semata-mata nak...

Akibat desakan ekonomi yang sangat membimbangkan, kenaikan kos sara hidup semakin tinggi, maka pemuda ini tampil untuk membantu.

Adakah suara pemuda yang tiada 'cable' dan bukan orang kaya ini didengari?

Sumber video #klvoice

https://youtu.be/pyjeGfrA0Dg

KAU KERJA APA? CALLMAN. INI KISAH AKU...

Callman ni sama je dengan agen insurans. Cuma bezanya mereka banyak habiskan masa di jalan raya, bukan di pejabat yang berhawa dingin. Sebaliknya, 'pejabat' mereka di dalam kereta. 

Longkai pula istilah yang digunakan bagi membawa maksud - kerja, ronda-ronda. Sebab tu kalau korang perasan, ada kereta yang ditampal stiker 'rescue team'.

Inchong adalah istilah yang membawa maksud - kemalangan. Ada kemalangan kecil, ada besar yang membawa maut atau cedera parah. Sebab tu callman digelar 'rescue team'. Bukan semata-mata nak tow kereta orang.

Callman adalah orang pertama yang tiba di lokasi kejadian. Sebab apa? Sebab 24/7 hidup mereka atas jalan raya. Bayangkan korang inchong pada awal pagi, tempat terpencil? Callman lah yang akan memberi bantuan awal termasuk hubungi ambulans atau bomba.

Bila kata callman berada atas jalan raya 24/7 maka pasti ada yang fikir callman lah yang buat atau penyebab berlakunya kemalangan seperti menabur minyak atas jalan raya dan seumpamanya.

Guys, ada dengar callman dipenjara sebab buat khianat? Tolonglah buang tanggapan buruk tu. Callman juga ada hati perut, tahu mana halal haram dan tak sanggup nak ke tali gantung atas kesalahan membunuh! Setakat apa yang aku tahu, tidak banyak atau hampir tiada perbuatan khianat sedemikian. Jika korang ada maklumat, mohon segera laporkan kepada polis.

Actually, anak bini callman juga diangkut melongkai. Kalau anak peniaga restoran digelar 'anak tomyam', anak penjaja kecil digelar 'anak lorong'. Begitu juga dengan callman, demi sesuap nasi.

Majoriti callman adalah golongan berpendapatan rendah. Sama seperti Mat Rempit, biarpun dilabel budak jahat secara umumnya, tapi golongan ini jugalah yang banyak membantu masyarakat. 

Sumber gaji callman dibayar oleh agensi insurans, mengikut berapa banyak tuntutan kemalangan yang dibuat. Ada masa banyak, ada masa sikit. Ada masa tak dapat sesen walaupun 5 jam berada di lokasi kemalangan. Sedangkan, callman inilah yang memberi bantuan awal seperti mengawal lalulintas dan menenangkan mangsa yang sedang trauma.

Sedia maklum, ada banyak agensi insurans di Malaysia. Tapi jumlah kenderaan yang bergerak atas jalan raya jauh lebih tinggi daripada bilangan tow truck milik insurans. Sebab itu agensi insurans menjadikan bengkel-bengkel yang ada sebagai rakan niaga sebagai jentera sokongan. Ini digelar sebagai panel.

Prosesnya tetap sama. Mana-mana bengkel atau panel tetap perlu membawa kenderaan yang terlibat kemalangan ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Kemudian, terserah kepada pemilik untuk membaikinya di mana. Kerana, bengkel-bengkel ini juga menjadi panel kepada syarikat-syarikat atau jenama kenderaan. Misalnya Prooton, Niissan, BMMW, Toyyota, Perrodua dan sebagainya. Ada juga pemilik hantar ke bengkel selain daripada itu kerana tidak mahu menunggu proses yang agak lama. 

Lagipun, bengkel ini juga membeli alat ganti di kilang yang sama. Maknanya, alat ganti yang diberikan adalah yang terbaik, original.

Korang sememangnya berhak untuk mendapatkan khidmat tow truck insurans. Terpulang kepada korang. Tapi seperti yang dinyatakan di atas, pihak insurans memiliki kekangan daripada jumlah tow truck atau carrier. 

Sebab itu mereka wujudkan panel sebagai sokongan. Bila korang hubungi insurans, mereka tidak akan menolak permohonan korang. Tapi janganlah marah kalau korang terpaksa menunggu berjam-jam untuk tow truck tiba di lokasi kemalangan.

Dalam tempoh itu, macam-macam boleh berlaku. Kalau setakat dimarahi pengguna jalan raya yang lain sebab terlalu lama menghalang trafik atau diragut boleh diterima lagi, bayangkan kalau berlaku kemalangan kedua yang menyebabkan keadaan yang tidak diingini?

Fikirkanlah...

Kesimpulannya :

1. Callman tidak meminta duit korang kerana sumber gaji mereka dibayar oleh pihak insurans.

2. Callman adalah rescue team paling awal sampai ke lokasi kemalangan. Hargailah kewujudan mereka.

3. Ibarat naik Gerab. Korang nak pergi ke tempat sama, buat apa bazir masa hanya kerana nak menunggu kereta Gerab yang ada logo Gerab di atas bumbungnya?

#KLvoice

Sumber KL Voice

Foto Rastafonez