PATI & E- KAD



Semakin ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap selepas berakhirnya permohonan E-Kad semalam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Apa itu E-Kad?

E-Kad atau 'Enforcement Card' merupakan kad sementara dan diberikan secara percuma kepada pendatang asing yang bekerja di Malaysia. Para majikan sudahpun mula membuat permohonan kad ini sejak bulan Februari yang lalu dan berakhir semalam, 30 Jun 2017.

Majikan akan membawa pekerja mereka (warga asing) bagi tujuan proses pendaftaran biometrik bagi memastikan PATI yang berdaftar tiada rekod jenayah, lulus pemeriksaan kesihatan dan rakyat dari negara sumber yang dibenarkan.

Sekiranya gagal memiliki E-Kad, PATI tersebut boleh diusir keluar Malaysia manakala majikan pula dikenakan tindakan undang-undang termasuk pembekuan aset dan akaun.
E-Kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, nombor pendaftaran dan nama syarikat, kod bar dan tandatangan Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Polis Negara.

E-Kad ini juga hanya sah sehingga 15 Feb tahun hadapan dan dalam tempoh itu, PATI serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »