KOPRATASA HIBURKAN PEMINAT DI PEJABAT

Sudah lama kita tak dengar cerita mengenai kumpulan Kopratasa, penyanyi puisi yang popular dengan lagu 'Masihkah Kau Ingat' dan 'Permata Untuk Isteri'.

Semalam, lagenda Kopratasa telah membuat kemunculan dengan mengunjungi pejabat urusan ABSKL Advisory Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai MyLoan.my.


Walaupun tanpa kehadiran Usop, persembahan Sani dan Siso tetap bertenaga dan mampu menghiburkan tetamu yang hadir. Pada majlis tersebut, mereka mendendangkan beberapa buah lagu hits Kopratasa. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABSKL Advisory Sdn. Bhd., Encik Awis Qurni Zakariah, beliau mengundang Kopratasa ke pejabatnya adalah kerana begitu meminati artis tersebut dan dalam masa sama bertujuan menghiburkan kakitangannya.


Selain itu, Awis turut menjemput tetamu istimewa, insan bergelar guru yang pernah mengajar beliau subjek Sastera ketika di bangku sekolah dahulu. 


"Terima kasih Cikgu Zaikham dan Cikgu Rafidah. Terima kasih juga kepada ratusan guru yang pernah mengajar saya," kata Awis.


Awis turut mengambil peluang mendeklamasikan puisi di hadapan guru-guru kesayangannya itu. 


Sebelum ini ABSKL Advisory pernah menjemput lagenda Zaiton Sameon dan Mamat Exist.


Sumber:


TIPS LANGSAI HUTANG

Loan rumah, loan kereta, loan peribadi, ASB loan...macam-macam loan ada.


Memang sakit kepala bila masuk bab loan ni...


Tapi mesti korang tahukan yang korang boleh buat 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 (loan refinancing)?


Kiranya satukan semua hutang menjadi satu.


Kadar faedah juga akan disatukan dan yang paling penting kemungkinan besar kadar faedah itu juga boleh dikurangkan.


Kena buat perbandingan dengan pelbagai bank.


Kiranya korang perlu buat pinjaman peribadi yang baharu, untuk bayar 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 pinjaman semasa yang ada. 


Korang hanya perlu bayar balik pinjaman yang baharu ini sahaja dengan terma yang lebih memuaskan.


Tapi bila dah buat refinancing ni, semua loan dah settle, 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡-𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐮!


Kalau korang nak buat penyusunan atau penstrukturan semula hutang, Min cadangkan korang contact www.MyLoan.my. MyLoan.my boleh bagi cadangan yang terbaik kepada korang. 


Nak semak CCRIS, CTOS pun MyLoan.my boleh bantu tau. 


Jangan biarkan hidup anda diselubungi hutang...


Dengan www.MyLoan.my pinjaman anda menjadi lebih mudah!


(Graphic by Freepik)


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid08r6JmQuA7eaY6P2SNewDAAR86zcuCzatHLDYUqZ1Mw9qmW5MrKiezp29rnhFcb13l&id=100064493000861&mibextid=qC1gEa


Tips cantikkan Skor Kredit

Min ada tengok tiktok  @ceomyloan.my, mereka ada share 𝐭𝐢𝐩𝐬 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 '𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧' 𝐬𝐤𝐨𝐫 𝐤𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭.

So, Min rasa benda ni kita perlu tahulah sebelum membuat permohonan pinjaman atau kad kredit.

Skor kredit ini yang akan menentukan sama ada permohonan diluluskan atau tidak. Melalui skor kredit ni jugalah bank akan tahu sejarah kewangan korang.


Ini tips yang MyLoan.my kongsikan :


Pertama, 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 - ini paling penting. Bila bayar ikut waktu, skor kredit pun cantik. 


Kedua, kalau korang pengguna kad kredit, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝟓𝟎 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐢𝐦𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧. Daripada sini, bank tahulah yang korang ni bukan jenis yang berbelanja 'sakan'. 


Ketiga, 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐂𝐑𝐈𝐒 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 - kalau bank tengok kita ada effort nak perbetulkan CCRIS, kita bayar tunggakan, so akan naikkan keyakinan bank untuk bagi pinjaman pada kita.

 

Keempat, 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐝 𝐤𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐢𝐦𝐮𝐦 - supaya bank tahu kita ni bertanggungjawab terhadap hutang yang kita buat. 


Kalau kita buat empat tips ni, secara tak langsung bank akan yakin nak bagi pinjaman pada kita sebab daripada skor kredit ni mereka tahu kita seorang peminjam yang bertanggungjawab dan tak culas dalam membayar hutang. 


Apa 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 untuk kita menjaga skor kredit?


Pertama, 𝐧𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 - rekod cantik, bayaran tepat waktu, bayaran lebih dari minimum, so bank pon confident nak bagi pinjaman - bank happy nak bagi pinjam, kita pun happy. 'win win situation' 🤣🤣🤣


Kedua, 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 - kiranya kalau rekod korang cantik, tak mustahil bank terbuka nak tawarkan jumlah pinjaman melebihi atau semaksimum mungkin daripada jumlah yang korang mohon. 


So kalau korang nak tahu skor kredit korang cantik atau tidak? Serahkan kepada MyLoan.my.


Hanya dengan satu tandatangan dan pembayaran serendah RM50, MyLoan.my akan bantu korang untuk dapatkan laporan kredit lengkap.


Semoga info ini memberi manfaat kepada semua. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari MyLoan.my atau tiktok @ceomyloan.my


Dengan www.MyLoan.my pinjaman anda menjadi lebih mudah!


Malaysia Menjerit

30 Sept 2023

https://www.facebook.com/100064493000861/posts/pfbid0Aa1xrgHSNkYLUtThVN781D7oHnmaWa8AjqUBJPVRVZJ4VkhBspjCMWFR8hVUueCql/?mibextid=cr9u03